Showing posts with label ride mtb. Show all posts
Showing posts with label ride mtb. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

SEMANGAT/SOKONGAN SUSAH KAH.. ??


Jika kita ingin buat sesuatu pasti perlukan penyemangat (orang bagi semangat), betul kan.. Begitu juga pada saya. Kena ada yang meng'api'-api kan semangat tu.. Kalau tidak, memang habis la. lenyap begitu sahaja. Untung kepada yang sudah berkahwin nie kerana orang yang memberi semangat sentiasa mudah dicari iaitu (isteri/suami).


Namun ada juga (isteri/suami) yang kurang memberi semangat. Silap tu, walaupun kita tidak menyukai sesuatu perkara yang (isteri/suami) ingin buat, kita boleh memberi semangat dari segi penghayatan kepada perkara yang ingin diceburi.

Iaitu ;

1. Mendengar
2. Bercakap tentang apa yang pasangan minati
3. Berkongsi Idea

Sedikit mudah kan, namun berat melakukan benarkan..

Sebagai contoh ; Jika pasangan meminati 'juru kamera' maka kita boleh memberi idea, mendengar cerita tentang gambar, dan bercakap tentang kamera. Itu semua kan ada di internet.

Sebenarnya memberi semangat atau juga sokongan tidak bermaksud kita juga perlu ikut sama apa yang ingin dibuat. Tapi kesudian mendengar, bercakap dan idea yang ikhlas sebenarnya sokongan yang asli bukan kepura-puraan.

Jadi, sebenarnya ingin berkongsi idea 5 sen pagi ni. hehehe...

Saya ingin berkongsi MTB kedua saya kepunyaan Bib (isteri). Ini bagi dia mula berjinak dalam aktiviti MTB, sambil tue boleh lah bersukan. hehehe...

wacha...

Sunday, April 3, 2011

MENJANA STAMINA MENGAYUH MTB



Ramai yang memikirkan sukan berbasikal MTB mudah dan senang. Namun bagi yang berkata demikian. Saya sudi memberi pinjam basikal untuk mencuba berkayuh.

Pagi ini saya berkayuh dari Desa Baiduri - Taman Minang - Len Sen.

Bertemu dengan 2 geng MTB (road Bike)



Hari ini stamina diuji dengan keadaan Desa Baiduri yang banyak kawasan berbukit tinggi. Namum bestnyer selepas penat menaiki bukit.. turun pulak.. ada bonggol jalan lak.. lompat lak.. hehehe...
sekian.

mohdadreebadri

Friday, March 25, 2011

Menceburi Mengayuh Basikal MTB



Setelah meneliti keadaan badan dan stamina pada diri sendiri.. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih aktiviti sukan. Setelah membuat senarai pendek 'short listing'...

  1. Futsal
  2. Bola Padang
  3. Badminton
  4. MTB ( Ride Mountain Bike )
  5. Gym
Ini adalah senarai yang agak famous sukan masakini bagi penghuni di kawasan bandar. Namun bagi saya perlulah sukan tu ada kaitan dengan riadah sekali. Biar tidak jadi cepat bosan dan malas. Hehehe.. Macam - macam alasan kan.

Setelah difikirkan dengan bib akhirnya saya memilih sukan MTB, walaupun kos agak tinggi pada spare part basikal ia tidak kerap untuk melakukan servis tersebut. Jika pandai menjaga peralatan basikal ia akan tahan lebih lama.

Kebetulan di dalam stor ada sebuah basikal MTB yang digunakan oleh ayah sewaktu menyertai Ironman di Perak pada tahun 2005 lalu. Kos dapat dijimatkan cuma perlu untuk membuat servis semula seperti rantai, angin tayar, sistem brek.


mohd adree