Tuesday, April 5, 2011

SEMANGAT/SOKONGAN SUSAH KAH.. ??


Jika kita ingin buat sesuatu pasti perlukan penyemangat (orang bagi semangat), betul kan.. Begitu juga pada saya. Kena ada yang meng'api'-api kan semangat tu.. Kalau tidak, memang habis la. lenyap begitu sahaja. Untung kepada yang sudah berkahwin nie kerana orang yang memberi semangat sentiasa mudah dicari iaitu (isteri/suami).


Namun ada juga (isteri/suami) yang kurang memberi semangat. Silap tu, walaupun kita tidak menyukai sesuatu perkara yang (isteri/suami) ingin buat, kita boleh memberi semangat dari segi penghayatan kepada perkara yang ingin diceburi.

Iaitu ;

1. Mendengar
2. Bercakap tentang apa yang pasangan minati
3. Berkongsi Idea

Sedikit mudah kan, namun berat melakukan benarkan..

Sebagai contoh ; Jika pasangan meminati 'juru kamera' maka kita boleh memberi idea, mendengar cerita tentang gambar, dan bercakap tentang kamera. Itu semua kan ada di internet.

Sebenarnya memberi semangat atau juga sokongan tidak bermaksud kita juga perlu ikut sama apa yang ingin dibuat. Tapi kesudian mendengar, bercakap dan idea yang ikhlas sebenarnya sokongan yang asli bukan kepura-puraan.

Jadi, sebenarnya ingin berkongsi idea 5 sen pagi ni. hehehe...

Saya ingin berkongsi MTB kedua saya kepunyaan Bib (isteri). Ini bagi dia mula berjinak dalam aktiviti MTB, sambil tue boleh lah bersukan. hehehe...

wacha...

No comments:

Post a Comment