Tuesday, April 12, 2011

Jonker walk siar kaki yang menarik

Jonker Street atau juga Jonker Walk merupakan satu kawasan lama terletak di tengah bandar Melaka. Di Jonker Street terdapat banyak seni hasil buatan lama yang kebanyakkannya dari seni era british dan china.

Jonker Street terdiri daripada majoriti kaum baba nyonya Melaka berbangsa cina. Disebabkan itulah kesemua seni bentuk rumah dan kedai ala ala china.

Saya amat meminati setiap seni dan bentuk tingkap pada setiap rumah kedai di Jonker Street kerana ia amat unik. Kerajaan negeri Melaka kini telah membaikpulih keadaan rumah kedsi di sekitar Jonker Street bagi menarik minat pelancong.

Pada sebelah petang Jonker Street akan ditutup menjadi Jonker Walk, bagi pelancong yang datang boleh lah berjalan di sepanjang Jonker Walk.

Pelbagai jualan dijual antaranya t-shirt, barangan cendermata, makanan, dan barangan antik. Ada juga yang menjual haiwan peliharaan seperti 'sugar glider', 'puppy', 'hamster', dan banyak lagi.

Pelancong asing yang bukwn beragama islam boleh beristirehat di sepanjang Jonker Street kerana terdapat banyak pub, bistro dan kedai makanan cina.

No comments:

Post a Comment