Wednesday, March 23, 2011

Riadah di Pavillion, Kuala Lumpur


Kali ini saya dan bib serta beberapa orang teman menjelajah disekitar Kuala Lumpur. Kadangkala kita sering lupa bahawa tidak semestinya percutian hanya terletak pada luar negara, atau berada di pulau-pulau. Kita juga boleh mengolah kawasan sekeliling kita sebagai percutian sekeluarga dan juga sebagai riadah.

(Perjalanan menggunakan perkhidmatan Monorel)

Pilihan kali ini menjelajah kawasan Chow Kit Road menuju ke Bukit Bintang (Pavillion). Aktiviti utama ialah menonton wayang. Namun sebalik perancangan tersebut, saya telah menambah sedikit aktiviti riadah sambil mengenali dan melihat gelagat manusia 2011. Stesen Monorel Chow Kit MR10 ke Stesen Monorel Bukit Bintang dikenakan tambang RM1.60 seorang. *pembetulan jika ada kesilapan sebab lupa ingatan.

(Stesen monorel Bukit Bintang)

Jarak dari stesen anggaran 400 meter sahaja dan hanya mengambil masa 10-15minit berjalan kaki. Lebih jimat jika berbanding harga/bayaran untuk parkir di sekitar Kuala Lumpur. Boleh mencecah sehingga RM belasan ringgit.

(Pemandangan di sekitar Bukit Bintang)

(Pavillion Kuala Lumpur)

Bila sampai sahaja di Bukit Bintang, terasa sepsrti berada di kawasan eroph atau US. Kerana papan tanda iklan memenuhi ruangan bangunan yang ada.

(Ingin bergambar hanya RM2.00 sebagai sedekah)

Aksi 'Si Biru' amat memukau saya kerana dia sanggup memaku kan diri dengan pelbagai aksi untuk tontonan pengunjung. Jika dilihat secara dengan dekat, menitis peluh keringat mereka menahan bahang panas cuaca Kuala Lumpur. Namun jangan lupa untuk memberi sumbangan jika ingin bergambar.

KOS PERBELANJAAN : RM1.60 X 2 (ulangalik) + RM13.00 (tiket wayang) + RM5.00 (pop corn) = HAPPINESS


mohd adree badri




No comments:

Post a Comment