Monday, February 3, 2014

Calculation Cost Thailand (5 days) with junior :: Krabi and Phuket, Thailand

Setiap orang ingin percutian bersama keluarga, namun satu halangan besar adalah duit poket atau kos perbelanjaan. Memang tidak disangkal kos perbelanjaan travel solo dengan kos travel bersama keluarga berbeza banyak. Namun masih juga ada cara untuk berjimat dan masih tetap selesa. Paling penting masa kualiti bercuti bersama keluarga.

Jadi saya ingin kongsi kos yang saya buat sewaktu travel bersama junior backpackers dan isteri.. Let check out..!!!!

*disini bukan untuk melihat kos siapa yang rendah dan murah, tapi sebagai perkongsian bagi mereka yang berkeluarga untuk travel.

persediaan seperti ubat batuk/selsema/demam untuk anak
 Persediaan ubatan amat penting bagi yang bawa anak kecil, bagus jika bekalkan ubat yang biasa digunakan oleh anak - anak. contohnya ubat batuk cap ibu dan anak, ubat demam, ubat sakit perut, minyak angin perut cap limau, ubat gamat.
*ini yang biasa saya bawa sewaktu travel

Paling penting adalah stroller bagi anak yang masih kecil

junior & opah
 Kos keretapi sleeper train = RM60.00 lower bed (adult) , RM40.00 (child)

RM54.00 upper bed (adult), RM34.00 (child)

Keretapi SENANDUNG LANGKAWI : KL SENTRAL - HATYAI

Bagus bagi family yang ada anak kecil untuk ambil lower bed (katil bawah) kerana lebih luas dan mudah untuk membuat susu, anak lebih selesa untuk tido. Jadi bagi yang ada anak bawah umur 3 tahun boleh la share bed.

pembelian tiket KTMB online yang mudah :


sleeper train Kuala Lumpur - Hatyai

santai sementara sampai

di border padang besar, Malaysia - Thailand
 *TIPS : seeloknya beli makanan sebelum menaiki train sebab harganya agak mahal. sebenarnya bukan sebab mahal tapi kerana menu makanan kurang, jadi lebih baik kita beli makanan awal-awal.

Kebiasaaan gerabak untuk senandung langkawi hanya 1 gerabak untuk sleeper coach (L8).

diluar stesen keretapi Hatyai
 Bagi yang baru mahu ke Hatyai pasti akan berfikir nanti bagai pengangkutan disana selepas sampai..? Apa yang perlu dibuat..? mesti kena tipu sebab bahasa lain..? Namun semua itu mudah kerana diluar stesen keretapi penu dengan kedai perlancongan yang menawarkan pelbagai harga kenderaan untuk pelbagai halatuju..

Sebut sahaja lokasi tujuan anda.. harga yang bersesuaian untuk ke Krabi menggunakan minivan adalah 300 - 400 baht sehala.

MINIVAN : HATYAI - KRABI = 320 baht @ RM32.00 seorang
*ini yang saya ambil waktu travel lepas

Bagi keselesaan anda dan anak, lebih baik ambil extra seat untuk anak supaya mereka selesa untuk tido.

kepenatan selepas 10 jam perjalanan train
Sekiranya anda menaiki mana-mana minivan dari Hatyai, mereka pasti akan berhenti rehat di sebuah restoran yang HALAL. Harga makanan juga murah dan berbaloi. owner kedai juga boleh berbahasa kelantan.


pekan Krabi
Setelah hampir 4 jam perjalanan, maka sampai lah di pekan Krabi, bagi yang telah booking guesthouse atau hostel minivan akan terus hantar sampai di depan penginapan. Jadi tidak perlu bersusah payah lagi. Jadi mudah kan..

Bagi yang masih baru untuk cuba travel bersama family, pasti akan berdepan dengan konflik kos penginapan. Nanti sewa hotel semalam sudah beratus.. sebenarnya diluar sana terdapat pelbaga jenis penginapan yang pada saya bersesuaian walaupun travel bersama anak-anak.

Penginapan yang ada :

1. Hotel pasti mahal (melainkan jika ada promosi/beli online)
2. Guesthouse (selalunya murah tapi susah untuk jumpa di internet nak booking)
3. Hostel (dorm) sememangnya murah dan jimat

Adakah bersesuaian jika dengan anak-anak menggunakan hostel..? Jawapannya adalah SESUAI kerana hostel adalah konsep kongsi bilik dengan penyewa lain. Namun kebanyakkan hostel mempunyai dorm yang mempunyai 3-5 katil, 6-10 katil, juga ada dorm bagi wanita sahaja dan dorm campur (mixed).

Jadi isteri anda boleh la lepak di dorm wanita bersama anak - anak, bagi yang mempunyai anak kurang 2 tahun pasti akan fikir payah kerana nanti akan bising dengan tangisan anak kecil. Pada saya, itu adalah fikiran sekiranya masih duduk di rumah anda.. 

Sebaliknya terdapat perbezaan fikiran orang yang berada di hostel, mereka lebih terbuka dan peramah. Saya akan bagitahu "i'm soorry if my baby cry at night for milk", dan mereka hanya akan leka dengan anak kecil sebab anda travel bersama keluarga sedangkan mereka hanya solo.

Juga anda akan bertemu dengan ramai traveller bersama keluarga, anak kecil, yang cute sangat.. 
di guesthouse
Saya menginap di JP Mansion Krabi kerana kos semalam sangat murah.

JP Mansion/ Melody Bar (*bawah ada tempat lepak)

RM30.00 semalam (deluxe double bed aircon)

RM20.00 semalam (standart double bed Fan)

  1. Address: 52 Maharat rd,soi 5, Pak nam, กระบี่ 81000, Thailand
    Phone:+66 89 866 1248

di hostel Pak-up, Krabi
 Antara lokasi yang saya suak juga adalah di Pak-up Hostel yang menyediakan konsep dorm. Harga yang agak mahal namun kelengkapan juga terbaik dan amat bersih dan selesa.

Info tambahan, dari hostel Pak-up ke warong Halal adalah amat dekat 2 minit berjalan. 

Sekiranya dari JP Mansion Guesthouse ke warong Halal 10-15 minit berjalan melalui tengah bandar Krabi. Juga akan melalui kedai makanan Halal.

hostel bertaraf 5*
 Pak-up Hostel 

10 bed female dorm / mixed dorm = RM32.00 seorang

Warong HALAL

persediaan sebelum island hopping

sewaktu island hoping
Bagi yang mempunyai modal lebih boleh la ambil pakej Phi Phi island hopping, pakej disertakan pickup dari tempat penginapan + makan tengahari + speed boat. Tidak perlu risau mengenai makan tengahari kerana mereka menyediakan masakan halal.

Pakej ini boleh diambil dari tempat penginapan yang anda duduk, deal harga yang terbaik buat keluarga anda.

layan urut yang amat murah
Di Krabi terdapat pantai yang famous iaitu Aonang beach, di sini terdapat banyak hotel mewah dan murah. Disini amat meriah pada waktu senja hingga ke lewat malam. terdapat banyak kedai menjual cendermata, tshirt, dan juga travel agensi menawarkan pakej jimat.

Sekiranya anda dari Hatyai, boleh juga turun ke Ao Nang. Tapi pastikan anda telah mempunyai booking penginapan kerana ramai pelancong turun ke pantai Aonang. Jadi harga hotel murah pun boleh jadi RM50-90 semalam.

*TIPS : jika menaiki minivan, pesan untuk turun di MC Donald Aonang kerana di depan terdapat banyak guesthouse dan hotel murah.

Sekiranya anda berjalan di pasar Aonang, terdapat 1 geran makanan Halal.

junior pun nak urut..?
Urut yang ditawarkan di Aonang serendah RM20 ringgit buat 1 jam (satu badan), mana nak dapat kat bandaraya Kuala Lumpur kan.

Dari pekan Krabi ke pantai Aonang agak jauh 15 minit dengan kenderaan (tuk tuk), jadi anda boleh runding dengan tuk tuk untuk ke pantai Aonang. Amat murah hanya 20 baht (RM2 seorang).

Juga jika anda dan isteri pandai membawa motorsikal, lebih baik sewa sahaja motorsikal serendah RM18.00 sehari. Tapi AWAS minyak di Thailand bukan serendah Malaysia.

Antara pakej lain yang boleh didapati di Krabi :

- Pakej Emerald Pool + Hot Spring + Elephant riding = 400-700 baht seorang


Bangla Street, Patong Beach

Kedai HALAL di Patong Beach
Berdekatan dengan Bangla Street dan juga Stadium Muay Thai. Sekiranya 5 minit berjalan kaki dari Bangla Street terdapat banyak hotel anggaran RM70-100 semalam. Kini anda boleh booking tune hotel yang berdekatan dengan Hard Rock Cafe Patong. 

Di Patong juga anda boleh menyewa motorsikal untuk pusing pulau di Phuket.



Hard Rock Cafe Patong

teratak yang banyak kenangan

Cheap Charlie Hostel
Sewaktu di Patong, saya duduk di cheap chalie hostel yang amat murah hanya RM20 ringgit seorang untuk semalam. Terdapat juga bilik private untuk 2 orang tetapi jumlah bilik tidak banyak. Dari Bangla street agak penat juga berjalan 10-15 minit namun kepenatan tidak terasa. Berdekatan dengan 7 eleven, pasar yang ada menjual makanan Halal, juga berdekatan dengan stadium Muay Thai.



bus dari patong ke terminal bus phuket
Bagi yang ingin menaiki bus awam, harus mengambil bus transit dari Patong beach menuju ke stesen bus Phuket. Stesen bus phuket agak kecil dan simple. Terdapat syarikat bus ekpress menuju ke Hatyai hanya RM22.00 seorang. Sebagusnya ambil bus malam supaya sampai di stesen bus hatyai awal pagi.


stesen bus phuket

syarikat bus ekpress ke hatyai

bile nak naik bus

ronda bandar phuket
Bagi yang mempunyai masa lagi ambil la peluang untuk ronda-ronda di bandar phuket. Tapi bukan kesemua kawasan bandar. Cari pasaraya Robinson amat berdekatan dengan stesen bus hanya 15 minit berjalan kaki.

Apa yang menarik mengenai robinson adalah terdapat warong nasi ayam goreng Halal yang AMAT SEDAP..

bukan shopping tapi makan nasi ayam goreng


layan gajah waktu subuh pagi

layan tido di stesen bus hatyai
Apa yang penting adalah setting masa perjalanan supaya tidak lewat sampai atau awal sampai. Apa yang berlaku pada saya tempoh hari ialah bus sampai jam 3 pagi di stesen bus hatyai. Namun tak mengapa kerana ada warong Halal di luar pintu stesen. Jadi makan dulu sarapan pagi pagi.

Namun kos saya tempoh hari sedikit berbeza,

KOS yang dibelanja bagi 3 orang (2 dewasa + 1 junior) =

1. tiket KTMB (KL - Hatyai) = RM120.00
2. minivan hatyai-krabi = RM95.00 (3 kerusi)
3. penginapan guesthouse di krabi = RM60.00 (2 malam)
4. tuk tuk waktu petang ke Aonang = RM4.00 (2 orang)
5. tuk tuk waktu tengah malam ke guesthouse = RM20.00 (2 orang)
6. minivan krabi-patong beach, phuket = RM135.00 (3 kerusi)
7. penginapan dorm di Patong = RM40.00 (2 orang)
8. tiket bus phuket-hatyai =RM44 (3 kerusi)
9. tiket bus hatyai-KL =RM180.00 (3 kerusi)

TOTAL RM698 + RM200 (makan & shopping)
*anda telah mempunyai pengalaman dan koleksi gambar yang menarik.



Jika anda ada baki modal lebih, boleh la ambil minivan terus ke station bus Hatyai. Juga pelbagai pakej yang boleh ditambah ikut budget anda sekeluarga. *ini berdasarkan kos yang saya dapat sewaktu travel yang lepas.

10. minivan phuket-hatyai = RM180.00 (3 kerusi)
11. island hopping = RM200 (2 orang)





5 comments:

  1. Thanks sebab kongsi link ni di Facebook tadi :D
    Memang menarik.. siap dengan perbelanjaan.. alhamdulillah nampak begitu tenang jer bila seisi keluarga bercuti :D

    ReplyDelete
  2. Thanks sebab berkongsi cerita. Tak banyak blog yang travel ala backpacking dengan anak-anak. Kebanyakan yang saya baca ingroup semua dewasa atau pun solo shj. Keep sharing k!

    ReplyDelete
  3. Thanks sebab berkongsi cerita. Tak banyak blog yang travel ala backpacking dengan anak-anak. Kebanyakan yang saya baca ingroup semua dewasa atau pun solo shj. Keep sharing k!

    ReplyDelete
  4. Thanks..baru rasa semangat semula.. Tadi moral down sebab ada insan2 yg memandang sinis bila saya kata saya nak bawak anak2 pergi hatyai.. Diorg ckp leceh La, susah La...saya nak pergi bukan untuk bersuka ria..nak bawak anak2 kenal tempat orang.

    ReplyDelete
  5. Thanks..baru rasa semangat semula.. Tadi moral down sebab ada insan2 yg memandang sinis bila saya kata saya nak bawak anak2 pergi hatyai.. Diorg ckp leceh La, susah La...saya nak pergi bukan untuk bersuka ria..nak bawak anak2 kenal tempat orang.

    ReplyDelete