Friday, September 27, 2013

Calculation Cost Indochina (8 days) with junior :: Phnom Penh, Cambodia

Sebelum ini saya telah membuat ringkasan pengiraan kos overland dari Bangkok - Siem Reap menggunakan keretapi Bangkok - Aranyaprathet. Perjalanan yang mengambil masa lebih 8 jam dengan keadaan kerusi kayu dan tiket keretapi yang amat murah 48 baht.


Saya tiba di Phonm Penh agak malam kerana bertolak dari Siem Reap jam 3 petang. Setibanya di stesen bus Phonm Penh, saya terus memeriksa map yang telah dimuaturun terlebih awal. Map ini amat berguna kerana nombor jalan lengkap dan akan memudahkan kita untuk mencari jalan. Bus dari Siem Reap ke Phonm Penh akan berhenti di stesen bus berdekatan Central Market Phnom Penh.


Clue : Jika anda sampai malam di Phnom Penh, minta tow tow hantar di river side (kawasan backpackers), terdapat banyak hostel yang murah dan juga terdapat 1 kedai makanan halal sedap

Malaysia Restaurant
St.13, Phsar Chas District
Khan Doun Penh
(5 minit menuju ke Phnom Penh night market)

tuan kedai orang cambodia tetapi suami orang klang, jadi boleh berbahasa melayu.






Perjalanan dari river side menuju ke Central Market mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Central Market menjual pelbagai jenis pakaian, batu cincin, peralatan rumah (hardware), buahan, cendermata dan lain-lain.

Bentuk pasar yang segi empat dan luas. terdapat kedai makanan Halal berdekatan central market,

Restoran D' Nyonya
Jika lihat di Map, lokasi terletak di St.67,  lokasi memang bersebelahan central market



Bopha Phnom Penh Restoran
sisowath quay, next to siem reap ferry port
Phnom Penh
+(855)023427209




Anda boleh saksikan tarian tradisional "Aspara Dance" setiap malam bermula jam 7.00 malam sehingga 9.00 malam secara percuma, jadi anda perlu booking awal sebelum kerusi penuh. Tarian yang lemah lembut tambahan pula waktu saya tengok seorang anak gadis pula tu..hurm.. makanan agak mahal dan pandai lah berjimat. Anda boleh cuba pizza sebab besar dan boleh kongsi.hehehe

Night Market, Phonm Penh
Lokasi yang amat mudah dicari, terletak berdekatan restoran Halal (river side). Setiap jumaat & sabtu malam sahaja (jika tidak silap informasi). Tapi sangat hampa kerana ingat besar, rupanya kecik je. Tapi ada yang best dekat sini ialah port makan yang sempoi..tengok gambar..






Dikelilingi oleh peniaga makanan, cuma takda peniaga HALAL disitu ingat nak juga santai duduk duduk sambil makan. Banyak ruang dan orang boleh masuk dengan cara macam ini..tak perlu meja dan kerusi..

Antara lagi kedai makanan HALAL disekitar night market,

Indian Cruisine, bersebelahan pula ada KFC Halal



Bagi yang ingin membeli tiket bus ke Siem Reap atau Vietnam, juga bersebelahan pintu masuk night market. Tiket bus Phnom Penh - Ho Chi Minh City (sleeper bus) 15usd person




Bus akan tunggu disini, bagi yang ingin mencuba sleeper bus ini lah masanya.. jumpa helaian akan datang. :)







No comments:

Post a Comment