Wednesday, May 8, 2013

Kembara bersama Junior : Indochina 2013

April yang lepas perancangan untuk menjejak kaki ke Indochina terlaksana. Perjalanan  
bermula dari LCCT - Bangkok menerusi laluan udara untuk menjimatkan masa perjalanan..disebabkan kawasan Thailand seperti Hatyai, Krabi dan Phuket pernah pergi..jadi kembara kali ini bermula dari Bangkok..

Pertama yang penting bagi persiapan ialah barang si Darwish, junior yang telah diajar untuk keluar dari kotak dunia Malaysia.. biar ada yang berbunyi mengatakan "buat apa bawak budak nanti bukan dia ingatpun".. tapi itu adalah sifat cemburu sebab mereka takleh pergi..hahahahks..

Pagi tue satu keluarga (opah, atuk, atuk saudara, adik lelaki) ikut menghantar ke LCCT.. tapi bukan sebab kami yang bosar ni nak pergi jauh..tapi sebab cucu sulung kesayangan mereka nak g jauh...heheheks..duduk lepak di Resotran Marrybrown.. layan makan ayam goreng dulu..si darwish pula sibuk aktif tengok orang lalu-lalang di dalam LCCT..

Selesai melalui pemeriksaan imigrisen Malaysia..dan yang penting botol air dan termos air panas tidak ada masalah.. kembara 8 hari ini berbekalkan 300 usd seorang..dan 2 paket susu tepung untuk darwish.. penerbangan mengambil masa hampir 2 jam dengan dugaan orang sebelah buka makanan yang dipesan dari online.. bau makanan memang masuk tepat dalam hidung nie.. fuhh..!! dugaan.. si darwish pula bukan excited naik flight sebab 1 minggu sebelum ke bangkok, darwish baru balik dari Padang (Bukittinggi).. iskh2x... 


Untuk makluman Don Mueang Airport adalah airport yang menerima penerbangan murah seperti Airasia.. jadi ada info mengatakan kemudahan public awam agak susah di sana.. tapi bila tiba je di sana.. terdapat kemudahan keretapi bersebelahan airport.. perlu turun dengan lif dan ada jembatan menuju ke stesen keretapi.. kadar bayaran tiket hanya 26 baht.. lebihkurang seperti komuter di Malaysia cuma beza takde aircon dan kerusi kayu..

Sewaktu sampai di stesen keretapi Don Mueang, cuaca agak panas terik dan berpeluh.. memikirkan si Darwish yang masih comel, dia pun dah basah baju berpeluh akibat duduk sandar lama di dalam stroller payung yang sentiasa dibawa bila travel..

Perbezaan antara Don Mueang Aiport dan Suvarnabhumi Airport

sambil-sambil cari link gambar yang bersesuaian nak letak..top carian google bagi Don Mueang Airport ialah keadaan banjir yang berlaku waktu tahun 2011..antara gambar menarik :


Setelah menanya dengan awek thailand yang bekerja di kaunter tiket mengenai tiket dan masa tiba keretapi.. rupanya lagi 1 jam baru la keretapi akan sampai.. kesian melihat darwish jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil teksi ke stesen keretapi Bangkok.. 

"how much taxi to bangkok train station..?" tanya ku kepada mamat thailand yang membawa motor..

"*^*)((*$%$#((_(&^" jawab nya dengan tenang..

"..?????..." hahahaks.. kami pun mana la paham cakap thailand..
jadi saya pun menyuruh isteri pegang stroller dan saya berjalan ke jalan besar untuk menahan taxi.. menahan teksi memang amat mudah..tapi yang susah ialah nak bagitahu tujuan kita nak kemana.. jadi ulang semula pertanyaan yang sudah pasti jawapan ada tapi dalam bahasa thailand.. 

kadar yang dikenakan ke stesen keretapi bangkok hanya 300 baht (RM30.00) lebih kurang la.. itupun dengan bantuan brader motor tu yang tunjuk nilai kos teksi gunakan hp nokia ollskool nya.. perjalanan tidak mengambil masa yang lama pada kami.. cuma keadaan lalulintas yang terlalu sesak buatkan rasa lama nak sampai..kami sampai di stesen keretapi bangkok lewat petang..dan menginap di hotel yang agak mewah..hahahahks.. 1100 baht pernight..ala2 macam nak honeymoon ada katil tiang..sekali ambik engkau twin bed.. :P

1 comment: