Friday, September 14, 2012

Junior Backpackers to Singapore

Minggu lepas - Saya telah bercuti ke Johor kerana isteri mempunyai kuliah di UTM Skudai. Jadi saya dan Darwish (junior) akan mempunyai kelapangan masa yang banyak pada sebelah pagi. Jadi saya telah merancang untuk membawa junior ke Dunia Baru (Singapore). Selain itu, saya juga ingin mencuba menjadi 'Daddy Backpackers'.

Memikul tugas yang nampak mudah pada permulaan perancangan.

 "Darwish dengan muka macho"

Perjalanan bermula dari City Square, JB menuju ke Woodland. Kemudian menaiki bus ke Queen Street. Perjalanan menaiki bus adalah praktikal kerana laluan bus tidak bercampur dengan laluan kenderaan awam. Jadi tidak akan berlaku stuck di jalan raya.

Tambang : RM2.50

"gatal telinga tengok awek singaporian"

Berhenti di Queen Street, dan berjalan kaki disekitar Queen St., Bugis St, Arab St, Bussorah st. Terdapat banyak bangunan lama yang di cat dengan mural dan warna yang ceria.




"Superb Hostel"


"Masjid Sultan"



Tips : Bila bawa bayi kita kena pastikan kipas bateri di bawa bersama extra bateri. Bagi mengelak bayi ruam di bahagian peha/kelengkang/buntut. Kerap menukar lampin adalah untuk bayi dalam keadaan selesa.

Tips : Cari lokasi yang redup untuk rehat seketika. Sekiranya ada masjid/surau gunakan kemudahan yang ada.


Darwish rehat sebentar di Masjid Sultan. Tukarkan lampin dan minum susu. Kebetulan ada kipas angin jadi kami ambil angin dulu bersama.


"darwish senyuman kenyang"




Bersebelahan dengan Masjid Sultan terdapat banyak kedai jualan. Untuk ke stesen MRT berdekatan,anda perlu cari bangunan Raffles Hospital. Dibelakang bangunan tu ada Stesen MRT Raffles.


















Seterus saya dan Darwish ke Pulau Sentosa. Hajat ingin ke Bugis Street namun melihat Darwish dah bosan dan kepanasan (waktu tu dlm jam 2pm). So kami ke Sentosa Island dengan menaiki MRT dari Raffles menuju ke Harbour.

Tambang : 2.5 dollar

"Vivo City" di Harbour Stesen MRT

Stesen Harbour terletak di bawah bangunan Vivo City. Jadi untuk ke Pulau Sentosa anda perlu naik ke level 3 (Sentosa Express Monorail). Vivo city ini lebih kurang macam Mid Valley.

"Pandangan luar dari level 3)"


"Food Public" a.k.a Food Court

" mini land pengenalan aktiviti di Pulau Sentosa"

"menuju ke USS"

Kami berehat sebentar sementara darwish ingin bertukar menjadi Suria Perkasa Hitam.. sebenarnya darwish sedang berak...hehehehe..







Darwish dan saya berjaya sampai di Globe Universal Studio Singapore

1 comment:

  1. dah siap ke construction dekat masjid sultan tu?

    ReplyDelete