Monday, January 30, 2012

Ekplorasi Kota Singapore (episod 1)

28 Janurari 2012 (Sabtu) - 9.00am bersiap ke kota Singapore bagi solo trip di sana. With no jadual/perancangan/idea/lokasi yang menarik di sana.. gilerrr kan.. Perjalanan bermula dari UTM Skudai - City Square dengan menaiki teksi.. Bayaran RM20.00 dikenakan.. gilerrr tak..?

So budget dah digunakan banyak untuk teksi, so bila sampai di City Square lepak sarapan dulu di kedai mamak berhadapan City Square. Pekena milo suam + roti canai = RM3.++ hehehe. So singgah pulak beli roti gardenia perisa jagung 2 bungkus + mineral water bagi bekalan di sana. So dah biasa pergi ke negara yang matawang rendah dari ringgit memang tak pikir pasal nak catu makanan. Rate kini SGD 2.38 = RM1, memang tinggi jugak la.. So bekalan hanya 20SGD untuk berbelanja di Singapore nanti..itupun dah RM47.60 = 20SGD tuuh..!!!

TIPS : Sediakan pen dalam poket/beg bagi setiap perjalanan anda untuk ke mana-mana negara..

Sampai di Woodlands Johor terus buat pemeriksaan kastam terus turun untuk menaiki bas awam. Terdapat 2 jenis perkhidmatan bas yang ada :-

Pak cik nie memang aktif beb..dan jugak sempoi jer..
  1. Causeway Bas
  2. SBS Transit
Bila turun ke bawah woodlands untuk ambil bas, akan ada dua bahagian bas awam. Sebelah kanan untuk ke Jurung East dan kiri ke Bugis St / Queen St. Jika ke Bugis St akan dikenakan bayaran RM2.50.

TIPS : Sediakan duit syiling yang secukupnya kerana baki tidak akan dipulangkan.

Sampai di Queen St. perhentian bagi causeway bas. Causeway bas hanya dibenarkan perkhidmatan sehala dari Johor Bahru - Queen St tanpa berhenti-henti. Namun jika perkhidmatan SBS Transit akan berhenti-henti kerana itu bas singapore. Dari lokasi perhentian bas di Queen St boleh ke Bugis Village hanya berjalan kaki. So pertama kali jejak di tengah bandar Singapore memang blur gilerr tak tahu nak kemana tempat nak dituju dahulu.

ni lah tempat bas causeway berhenti..

So ikut la orang ramai semua punya arus..rupanya semua ke arah Bugis Village di Bugis Rd. Tempat memang sempoi macam Petaling St la versi ada air-con..Banyak orang jual baju,buahan,dan pelbagai aksesori. Harga memang murah-murah ajer dalam nilai angka sana la.. 

Bugis Village terletak di Queen St..Banyak kawasan bangunan lama tue..


Bayangkan t-shirt sempoi 3 helai 10.00 tapi SGD la..hehehe..air teh limau botol baru 1.50 ajer..
Hari sabtu dan minggu orang memang ramai shopping kat sana. Tapi kedai makanan memang banyak yang gerai cina ajer..

TIPS : Bila ke Singapore tak perlu beli map, gunakan map bas sebagai rujukan.

Merayau-rayau sudah dekat Bugis Village dan nak membeli pun bukan mampu..hehehe.. Tukar pelan untuk cari singa kuar air pulak.. So memang totaly blur lokasi tersebut dekat mana..Selisih dengan pelancong salleh semua tengah pusing-pusingkan map..hehehe..yang awak guna map kat perhentian bas ajer.

cantik tak laman belakang bangunan tue..hehehe.kt malaysia ada tak agaknya...??

kawasan di Bugis Village..sekarang nie banyak la tema chinese new year..

So bila merayu-rayau badan pun dah lecak peluh terutama ketiak..hehehe, so ape lagi..cari shopping complex la..

TIPS : Cari kompleks membeli-belah untuk keringkan keringat peluh anda

Dari Bugs St ke Marina Bay boleh menaiki MRT turun di stesen Marina Bay, namun kena tengak route betul-betul MRT tue. Jika berjalan kaki memang ramai pelancong akan kulu-kilir. Jika dari Stesen Bugis memang tidak boleh ke Marina Bay kerana route tidak sama. Kena turun di City Hall/Raffles Place kemudian naik MRT ke Marina Bay pula..So jalan kaki jer lah mudah. Boleh kasi slim kaki dan badan.

 Beberapa lokasi bangunan lama sewaktu berjalan kaki ke Marina Bay

 belakang lorong..bersih tak..? malaysia bila boleh yer,,, pikirkan lah...

 sekadar ambil gambar ajer..tapi kemana arah tuju jalan tak tahu...hehehe

rumah dah serupa lidi kan..macam aku rasa kepeng ajer..
jemur baju memang gempak siot..gantung dengan paip dan pacak kat cermin..

Singapore Flyer berdekatan dengan Marina Square dan bayaran masuk dari 29.++ SGD ke atas. Jika nak makan dinner pun boleh tapi tak tahu bayaran berapa pulak. Dari Singapore ke Olympic Hall boleh jalan kaki melalui jalan bawah. Hanya 2 min sahaja dari Singapore Flyer, berdepan dengan Marina Sand Bay yang ada kasino bentuk kapal tue..


tiket masuk memang mahal la..so tengok ajer dari bawah sudah..eye on malaysia pun aku tak naik waktu kt titiwangsa...hehehe

So disebabkan orang kata mahal kawasan kedai, so terus ke singa keluar air terletak di Fullerton. Orang memang ramai dok sibuk amik gambar..snap sana..snap sini..snap atas..snap bawah..

So lepak sebentar hilang kan lenguh kaki sambil tengok beberapa anak muda tengah setting peralatan untuk rakam video.Model pulak tu comey..erm...

 anak singa...

mak singa pulak...

TIPS : Sediakan 1 botol air manis bagi mengurangkan gula dalam darah apabila berjalan jauh.

Kemudian ke Boat Quay melihat boat cruise bawak pelancong. nak naik mesti mahal so lupakan ajer la niat tu yerr..

 sungai memang clean sebab ada beberapa bot yang kerja kutip sampah di sungai ini...

kawasan boat quay..memang rileks la lepak kat sini..
bertentang pula deretan kedai lama yang dijadikan club, pub, lounge, sea food restaurant..erm...

Di kawasan Boat Quay memang banyak kawasan sejarah seperti jambatan gantung lama Cavenagh Bridge, Anderson Bridge,Elgin Bridge, rumah lama dan beberapa bangunan lama. Antaranya Hotel Furlinton Hotel ialah bekas bangunan pos besar singapore.



ni dulu pejabat pos besar singapore..
dah jadi hotel la..dikekalkan konsep bangunan..
ada Maybank tuh...!!!

So lepak lagi dekat Old Parliament Lane nak hilang lenguh kaki.Sambil tu ape lagi..cuci mata la..tengok orang jogging, tolak troli anak..

TIPS : Elok anda belajar ucapan basic macam 'apa khabar', 'terima kasih', 'sama-sama', dalam pelbagai bahasa. Berbaloi tu..

Lepak di hadapan Bank of China sambil layan burung meroati dekat situ..Tapi waktu ini bateri Experia dan Galaxy Tab dah kematian bateri..hehehe..

 deretan bangunan lama..
sini banyak tempat lepak bagi nak sosial la..

mana punya orang la kena sambar kilat niee..
terus jadik batu..

Jam 6.00pm berangkat pulang ke stesen MRT berdekatan bagi pulang ke Johor Bahru semula, dan akan repeat semula explorasi Singapore di kawasan Sentosa (Universal Studio), Orchid St, Masjid di Singapore ...

See yaaa,,,...

boleh jugak lihat pages di Facebook >> 'butik sulaman n tour' pelbagai plan aktiviti dan promosi..




1 comment: