Friday, March 25, 2011

Menceburi Mengayuh Basikal MTB



Setelah meneliti keadaan badan dan stamina pada diri sendiri.. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih aktiviti sukan. Setelah membuat senarai pendek 'short listing'...

  1. Futsal
  2. Bola Padang
  3. Badminton
  4. MTB ( Ride Mountain Bike )
  5. Gym
Ini adalah senarai yang agak famous sukan masakini bagi penghuni di kawasan bandar. Namun bagi saya perlulah sukan tu ada kaitan dengan riadah sekali. Biar tidak jadi cepat bosan dan malas. Hehehe.. Macam - macam alasan kan.

Setelah difikirkan dengan bib akhirnya saya memilih sukan MTB, walaupun kos agak tinggi pada spare part basikal ia tidak kerap untuk melakukan servis tersebut. Jika pandai menjaga peralatan basikal ia akan tahan lebih lama.

Kebetulan di dalam stor ada sebuah basikal MTB yang digunakan oleh ayah sewaktu menyertai Ironman di Perak pada tahun 2005 lalu. Kos dapat dijimatkan cuma perlu untuk membuat servis semula seperti rantai, angin tayar, sistem brek.


mohd adree


2 comments:

  1. boleh join jamboree mtb di utm nnt..

    ReplyDelete
  2. Wow.. ok jgk tu? macam nak sertai..? boleh tahu detail kat mana yer? Ni sesuai ker utk org yg newbie MTB

    hyehehe.. karang pitam ditengah perjalanan..

    ReplyDelete