Wednesday, March 30, 2011

JELAJAH NEGERI MELAKA Bandar Bersejarah

Jeti Pasir Panjang, Teluk Kemang.

Perancangan kali ini menjelajah ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Budget kali ini ialah RM100.00 bagi 2 hari 1 malam (berdua). So.. saya cuba mengkaji dan membuat rumusan samaada budget kali in mencukupi. Tujuan saya adalah bagi membantu pembaca dan kawan - kawan yang akan atau ingin berkunjung ke negeri Melaka. Perjalanan bermula dari Cheras menuju ke Melaka melalui bandar Seremban - Port Dickson - Tanjung Bidara - Sg. Udang - Melaka. Jarak perjalanan sememangnya jauh tetapi sekadar ingin menjenguk Seremban dan merasai laluan dan angin 'jalan lama'.



Dalam perjalanan saya menyusuri Teluk Kemang - Melaka melalui Linggi/Tanjung Biru. Di sana terdapat satu kawasan lokasi yang amat sesuai bagi jurugambar yang perlukan idea outdoor baru. 'Hutan Lipur Pasir Panjang' terletak kira - kira 20 minit dari Teluk Kemang. Lokasi berdekatan dengan pasar nelayan PNK Teluk Kemang. Jeti yang mempunyai pemandangan laut ddan dipenuhi dengan bot - bot kecil nelayan.



Perjalanan diteruskan ke Melaka menyusuri Akademi Laut Malaysia (ALAM) - Tanjung Bidara, Melaka. Rupanya jalan 'Tanjung Bidara' tidak boleh menuju ke pekan Melaka, saya terpaksa berpatah balik menuju Sungai Udang - Tangga Batu - Melaka. Sebelum sampai ke Sungai Udang, saya singgah sebentar di Restoran Sawit yang terkenal dengan makanan 'Nasi Arab'. Pelbagai menu yang dihidangkan antaranya Nasi Arab, Nasi Ayam Hainan, Cendol Durian (boleh tambah cendol) dan lain-lain.



Sambungan perkongsian jelajah negeri Melaka pada episod 2.. Nantikan,





mohd adree

2 comments:

  1. yup kngah.. ni tempat nyer. sbb kamera blom power.. gmb kena edit la.. hehehe.. kngah pergi ker?

    ReplyDelete